Wednesday, August 12, 2009

HADIAH PALING BEST UNTUK INSAN YANG KITA SANGAT SAYANGI

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi . Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah
benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.


2. Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan.
Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.


3. Hadiah Sehelai Nota : Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif
seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.


4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel.
Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."


5. Hadiah Puji-Pujian : Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak"
atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa
dia dihargai.


6. Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian : Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu
dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.


8. Hadiah Keceriaan : Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi.
Kalah pun tak apa, kamu masih menang.


10. Hadiah Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan
beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita

3 comments:

lina said...

hadiah yg paling berharga adalah sebuah keikhlasan yang tulus suci. ia x perlu diberi tetapi ia akan datang dengan sendirinya dan keikhlasan itu hanyalah pada org yg benar2 tahu menghargai apa erti KEIKHLASAN yg sebenarnya!

hahhahahahahahahah said...

thanks...nie yang wat saya syg kat u lebih...

hafiz said...

agree...